Transformers: Revenge of the Fallen 1:42 AM

Menarik sangat ker citer Transformers nie ?

Hahaha.. Memang sequel Transformers ni BEST sangat2. Sebab kenapa best?
1. Lawak - mak bapak Sam memang lawak nak mampus
2. Watak twin Mudflap and Skids yang jadik kereta Chevrolet yang memang sangat menarik perwatakan diorang. comel2 gitu..
3. Watak bumblebee yg majuk manja ngada2 ngn Sam tetapi gagah tak bertempat kadang2 tu (teringat bumblebee nak tolong selamatkan sam's family tp habis hancur terbakar rumah family sam)
4. Ada part sedey bila Optimus Prime mati
5. Rumet Sam kat college yg memang kelakar nak mampus, web master and set up lab comp kat hostel
6. Aksi lawan Autobot ngn Decepticons yang kadang2 kompius mana satu Autobot mana satu decepticons
7. sound effect macam biasa la.. best giler smpai kiter pon rasa kat dalam filem

this is the best movie ive ever seen.. esok nak tengok lagik.. tadi borak2 ngn membe yang dah tengok movie ni pon cakap nak tengok lagik..

first time tengok setakat nak tengok jalan citer, second time tengok, masa ni leh la tengok action battle autobot ngn decepticon betul2.. Hahahaha..

Layan....

Picture - Underwater World 1:07 AM

Since dah banyak ngomel kat post2 yang lps, for this time, upload gambar2 jer la.. Ari tu post malas nak upload gambar sekalik sebab kamera simpan dalam beg dan beg ada atas almari maka hari ni la baru rajen nak turunkan beg dan keluarkan kamera.





Nak upload byk lagik tp lmbt laaaa... Nanti2 la upload lagik kat tempat lain plak.. Enjoy...

My Vacation - Century Suria Apartment 12:47 AM

Saja nak tunjuk apartment tempat menginap hari tu. Quite cheap. Satu malam RM300 sebab apartment ader 3 bilik and equipped with washing machine dll. Leh mendobi baju sendiri ? Haha..

Breakfast pon sedap gak..


I shared this room wif my sister, Kakti

Bilik guys (Abg Najib, Alep ngn Anol)


Tak dapek nak tunjuk gambar master bedroom sebab tak appropriate to upload here. Hehehe..
Memang seswai kalau gi ngn famili.. Ramai orang respond and feedback yg bagus2 jer except for breakfast, tapi masa kitorg stay sini, the breakfast quite nice..

My Vacation - Part VII 12:26 AM

Lepas melantak kat Restoran Wan Thai, kitorg decide nak gi Eagle Square sebab petang tadi tak larat nak gi sebab panas terik yang teramat sangat. So, di sebabkan dah smpai kat Langkawi, salah satu tempat yg mesti kene datang, kat sini la kan.

Malam pon malam laa.. sempat jer la kitorg posing kat bawah helang yang macam nak terbang tapi tak terbang2 gak tu.. Susah gak la nak amik angle yang menarik bersama camera yg almost running out of batery tu.. Posing sakan smpai la camera tu off sendiri..

Kat bawah antara gambar2 gedik kitorg kat eagle square.. Hehehe..


Dah lepas lepak2 kat Helang Square, maka mak pon macam tak sabar2 nak balek, maklumlah tinggalkan ayah sorang2 kat entrance Helang square tu.
Tp bagi anak2 mak ngn ayah nie serta menantu, malam masih MUDA. so, lepas hantar mak ngn ayah balek apartment, kitorg decide nak jalan2 kat Pantai Chenang, nak lepak sana pon masing2 penat, so, setakat drive through pantai chenang jer, tengok kedai2 dari dalam keter jer.
Tp sebelum tu, sempat lagik la melepak kat Awana Porto Malai, tak sangka plak kedatangan kitorg disambut bulan penuh mengambang dan pemandangan malam tu sangat la cantek nyer. buktinyer tengok gambar alep bersama bulang yang mengambang itu ? Subhanallah..

Aku ngn ayep pon taknak ketinggalan dalam sesi sesi mengambik gambar. sempat gak la snap gambar ngn bulan yang tengah mengambang penuh tu.
Lepas jalan2 kat Pantai Chenang, kitorg pon pulang la ke apartment, kemas2 beg apa yang patut kan sebab esok dah nak balek ker semenanjung malaysia.. memang rasa tak puas sebab macam sekejap sangat.. rasa macam nak stay satu malam jer lagik kat sini.. nak tido puas2 kat apartment. apakan dayaku.. apa2 pon.. esok nyer aku mampu bangun sendiri tanpa bantuan alarm suara puan yanti yg nyaring tu.. Hahahah...


My Vacation - Part VI 12:04 AM


Malam kedua merangkap malam terakhir keluarga Encik Ramlan kat Langkawi, kitorg jalan jalan carik makan kat Restoran Wan Thai. Kakti yang pilih sebab recommended by forummers. Nak tau sedap ke tak, cuba la tengok dulu lauk pauk yang kitorg pilih nie. Agak2 macam menarik tak ?

Kailan ikan masin

Ikan (tak tau nama) masak (masak apa pun tatau)

sotong masak cili kering (ntah la, bantai jerk kasik taruk nama)

Lauk pauk kat atas nampak jer menarik kan? Tapi sebenar nyer memang la sangat sedap dan memang tak rugi la datang kat sini nak melantak. Bukti nyer ? Tengok jer la bukti kat bawah ni. Antara lapar sesangat makan sampai rakus atau memang sedap ? Tapi memang sedap la makan sana. Murah pon murah. Ada gambar lauk lain lagi makan tapi malas nak upload sumer gambar..

Licin sumer kitorang makan, kira restoran tu tak yah basuh la pinggan tu, leh terus kasik customer seterus nyer guna pinggan mangkuk kitorang tu, Ekekekeke.. Ramai gak la customers kat sana tu. Seb baek jer la kitorg dapat meja ari tu.

Kenangan yang best kat restoran tu, bukan sebab keramahan pelayan2, bukan kesedapan makanan kat sana tapi peristiwa ketidak sengajaan kakti ngn aku masuk tandas laki. hahahaha... memang la lawak tapi selamba jer la kan.. bukan ader orang nak masuk pon tandas tu..

Paper pon.. selamat maju jaya Restoran Wan Thai..

My Vacation - Part V 7:39 PM

Penat pergi mangrove tour. Dah la panas. Kitorg habis mangrove tour tepat pukul 12:00 pm. So, plan nak ke mana? Mak tak sabar2 nak gi carik kueh telinga keling dia tu. So, kitorg pon berangkat la ke Makam Mahsuri semata2 nak carik kueh telinga keling kesukaan dia tu. Tp plan asal, nak makan dulu la sebelum masuk tp tak dpt carik gerai yg best, kitorg pon plan masuk dulu Makam Mahsuri.

Apa ada dekat Makam Mahsuri tu? Makam Mahsuri jer la dengan perigi Mahsuri dan sejarah2 nyer. Sebelum masuk sempat lagik la beli air sebab terlalu haus. Ayah tak masuk sebab tak larat nak jalan. So, kitorg bertujuh jer la masuk makam mahsuri.

Mak awal2 dah ilang sebab nak carik kueh telinga keling dia tu. Aku sempat gak la amik gambar kat makam mahsuri tu, takut sebenar nyer nak amik gambar makam tu sebab takut ader plak entiti lain yg tumpang sekaki bergambar sekali. sempat gak la bergambar kat rumah mahsuri dan perigi mahsuri. tengah2 bergambar, mak plak lost tak dpt nak carik tempat org jual kueh tu. hasil pertolongan anak2 dan menantu, dpt jugak la jmper tempat menjual kueh nyer tu.

bukan jual kueh telinga keling tu jer, kueh karas pon ader jual, mak cik salmah memang teruja benor tgk orang buat kueh karas. abang najib plak beli kueh telinga keling tu. dan itu la first time aku mkn kueh telinga keling yg masih panas di pasaran. tak cukup 2 hengget, pegi tambah lagik beli 2 hengget. antara kuat lantok atau memang kelaparan masing2 makan macam tak hengat.

dah habis melantak, aku pon teruskan perjalanan ke museum mahsuri. apa yang menarik? hikayat2 dan sejarah2 dan cerita2 riwayat mahsuri dan keturunan nyer. barang2 lama. tombak2 lama dan sebagai nyer. kat sini tak leh amik gambar. sebab apa? hahaha nanti ader entiti lain yang nak menumpang, kan tak ke haru nanti. kat luar museum ader awek2 cun main alat music tradisional. selalu main la tu kan. asal ader tourist jer, diorang main la.. alat music dalam citer pontianak harum sundal malam tu..

dah puas berjalan2 kat makam mahsuri.. its time to eattt.. so kitorg pon decide gi beras terbakar, makan kat warung kedai ikan bakar.. memang best gegiler. lepas tu, masing2 melantak air teh o ais smpai 2 gelas sorang. masing2 kehausan. tatau la nak ckp air yang sedap atau kitorg ni memang gersang kehausan air. kedai ni mmg ramai yang rekomen sedap. dekat ngn beras terbakar, plan awal nak gi la beras terbakar, tp plan terpaksa dibatalkan sebab masing2 kepenatan. lagi pon mata mak cik salmah dah blink2 nak gi Ismail group. lagik satu, murah nak mampus makan kat sini, patut la ramai yang datang makan kat sini. semoga kedai ni maju jaya hingga 7 keturunan.. hahahaha..

lps makan, kitorg menuju ke pekan kuah. buat apa? apa lagik, carik barang2 keperluan makcik salmah la, apa lagik.. kitorg beli cokelat dan macam2.. sambil2 tu, tolong alep carik suar short. tetiba jer budak tu teringin nak pakai short. tengok abg dier pakai short dgn smart nyer, tu yg dier pon seronok nak carik suar short gak kot. dpt gak la 2 helai suar short.

lps sakan bershopping, kitorg pon pulang ker apartment, dah lps solat dan melepas lelah, aktiviti seterus nyer aderlah.. mandi swimming poool.... hahaha.. anol awal2 dah terjun swimming pool. abg najib buat gaya terjun budak kampung. ayep plak.. hahaha.. berlagak macam tau nak berenang. tp memang tak pandai berenang pon.. anol ngn abg najib tolong dier berenang. kakti pon mandi. aku tak mandi sebab malas nanti mesti kene selesema H1n1 nanti. ekekeke.. byk gak la gmbr yg diambik petang tu kat swimming pool..

lps mandi kitorg ready nak mkn malam. kat mana tu?? nanti kan sambungan nyer..

My Vacation - Part IV 7:56 PM

Pagi2 dah kene kejut ngn kakti. Memang suara pompuan ni menyakitkan hati. Semalam dah kacau, hari ni pon kacau tido aku lagik. Sakit hati betul la.

Pagi2 turun nak sarapan, jumper ayah yang sudah pon bersarapan, so, apa lagik, telepon alep suruh turun sarapan. Makan mee hoon dan mee goreng. memang sedap jugak la sarapan yg disediakan. Bila alep cakap yang dier tak bgtau pon budak yang jaga entrance sarapan tu atau dalam erti kata lain, dier lalu buat dek jerk, so, kitorg pon tepon anol soh turun makan. Maka, sumer orang pon turun sarapan pagi tu kat apartment. Hehehe.. Sementara tunggu anol sarapan, sempat gak la aku nak membuang apa yang patut.

Selesai sarapan, kitorg pon menuju ke tanjung Rhu utk mangrove tour. Orang yang bertanggungjawab utk bawak kitorg naik bot bernama "Wan". Wan berumur 19 tahun dan mampu berbahasa Inggeris dan ada license utk bawak bot.

Tempat pertama yang kitorang gi adalah tempat Eagle Feeding. Kitorg hanya nampak Helang merah jer. Tempat helang tu tinggal kat area bukit. Helang ni makan ayam. So hari tu Wan kasik makan ayam kepada helang2 tu. Tak banyak sangat helang ari tu tapi puas hati la sebab dapat tengok Helang.

Lepas tu kitorang dapat la tengok ketam berwarna warni, ada kaler merah, oren, biru pon ader. Habitat kat hutan paya bakau. ada monyet jugak kat situ. kalau tau la ader monyet, mesti kitorg akan bawak roti kasik makan monyet2 tu. masing2 buat muka kesian bila kitorang bawak tangan kosong jer. Huhuhu.. Wan cakap, monyet tu boleh berenang2 dapatkan makanan. Amazing..

Lepas tu kitorg pegi Gua Buaya. Dari jauh memang nampak seram. Lepas tu, Wan cakap, kalau air pasang, memang tak leh lalu. Bila masuk jer Gua Buaya tu, ada banyak kelawar. Panjang gua tu ada la dalam 50 meter. Wan cakap dulu2 ada buaya putih tinggal kat sini. Mana datang nya pon tatau. Tau tau buaya putih ni menghilang ntah ke mana. Mati la kot.. Lepas keluar dari gua buaya tu, kitorg leh nmpk gua tu mcm tengkorak buaya daripada jauh.. Seramm..

On the way ke kolam ikan kecil, ada banyak bot parking kat hutan paya bakau ni. Wan cakap, dalam sebulan, diorang bayar RM300 jer. Lebih murah la daripada tempat parking yang eksklusif tu. ader yang parking kat situ bertahun2 smpai kerajaan nak jual jer mana2 yang tak dituntut tu. Banyak sangat kapal parking situ. Dah berkarat pon ada.

Sebelum singgah kolam ikan kecil, kitorg gi Gua Kelawar. Bayar RM1 seorang. Mak ngn ayah tunggu kat bot. Kitorg masuk gua kelawar. Tak bawak torch light pon tapi leh nmpk la kelawar tu. Anak monyet pon banyak. Sempat la kitorg amik gambar kat dalam tu, kat Hutan Paya Bakau. Wan ckp, monyet2 ni nakal. Kene make sure jangan kasik monyet masuk bot kalau tak, habis sumer beg2 tourist dier curik.

Lps tu, our destination is kolam ikan kecil. Banyak sangat ikan kat situ. Alamak, guey tak kenal la ikan2 kat situ tapi ader amik gambar la. Kasik ikan makan la. Memang best. Ader ikan malas. Ader ikan sumpit dulu la sebelum makan. Memang best. Tp masa tu panas la sangat. Rasa macam nak terbakar jerr..

Dah habis kasik ikan makan, sudah masa nyer utk balek. Tp kitorg tak lalu hutan paya bakau. Kali ni lalu laut. Memang laju la Wan bawak bot. Cantek sangat laut Langkawi. Tak puas tengok..

On the way balek, sempat la tengok kat satu bukit ada permukaan macam gorilla. Memang sebijik macam gorilla. Tp tak smpat nak snap gambar sebab tak larat nak amik gambar.

Sebelum balek, smpat la beli gambar yang diorang curi2 tangkap sebelum kitorg bergerak itk mangrove tour. Beli sumer gambar yang ada. gambar anol jer yang tadek. Sian la plak kan.

Kitorg ready utk the next destination.. Apakah destinasi seterus nyer ?? Makam mahsuri.. ;-)

My Vacation - Part III 7:03 PM

Naik cable car adalah pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Pengalaman nak kejut anak2 bujang pun macam tu gaks. Alep boleh cakap tak nak gi naik cable car. Anol plak tak nak bangun2 bila dikejut. dah la kiter takut nak kejut anol dari tido. Ayep plak memang syiok tido dalam bilik. Last2 soh mak guna kuasa veto yang ada. Barulah semua anak2 bujang bangun.

dapat 4 ticket free utk cable car. Actualy, dah beli another 4 tickets utk naik cable car. last minute mak ngn ayah tak leh naik cable car. ayah sakit, tak larat jalan sebab jauh sangat nak masuk ke tempat cable car. mak plak nak teman ayah sebab ayah pon tak brapa nak sehat. so, kite 6 orang jer naik cable car.

masa naik tu berlagak lagik la. kitorg 4 orang. kakti ngn abg najib naik cable car yang lain. bila cable car tu naik menuju ke puncak gunung mak cincang, masing2 kecut perut. masing2 cuba cakap bende lain. masing2 remind masing supaya tak tengok bawah. gayat siottt... tak la panjang mcm genting highlands tp tinggi sangat. genting highlands pon tinggi tapi cable car naik sket sket. muka masing2 tak larat.. sumer tak sabar nak turun bawah..

dah smpai first station masing2 nyesal naik cable car.. Hahahaha.. tp sempat lagik la amik gambar kat first station tu. pemandangan memang la cantek. the next station, kitorang 6 orang naik 1 cable car. tu pon masing2 cuak nak mampus. dah smpai second station, ayep ngn anol naik jambatan. yang lain2 tak naik jambatan. Aku? gayat wooo... setakat tengok pemandangan, amik2 gambar. sempat tgk anol ngn ayep jalan atas jambatan dan amik gambar. kenapa aku tak naik jambatan tu? sebab jambatan kat sunway lagoon pon aku gayat nak mampus.. yang ini lagik laaa gayat..

bila turun ke cable car station pun kitorg naik 1 cable car.. sumer raser lega tapi aku tetap cuak gaks. alep sumpah tak nak naik lagik. aku pon macam tak nak la dah naik cable car ni. gerun laaaa.. sempat la amik gambar sebagai kenang2an kat station cable car tu. dah turun dari cable car, baru la carik mak ngn ayah.

destinasi seterus nya adalah tanjung rhu. kat situ kitorg lepak2 mkn laksa. sementara tunggu laksa, sempat amik gambar kat tanjung rhu tu.. cantek sangat pemandangan kat tanjung rhu. maklumlah.. pemandangan petang2.. senja2.. kat situ jugak nanti kitorang akan naik bot utk mangrove tour. lps makan2.. tibalah masanya untuk... SHOPPPPPINGGG cokelat..

lps lepak kat tanjung Rhu, kitorg bertolak ker pekan kuah. carik apa? mesti la carik cokelat.. aku carik beg polo ngn cokelat. mak cik salmah rambang mata kat ismail group.. layan jer la.. lepas tu kitorg pon balek apartment.. rilek2.. sebab keesokan hari nyer hari kitorg akan penuh dengan aktiviti..

nantikan sambungan nyer....

My vacation - Part II 10:28 PM

Kol 8 lebey, ferri pon bergerak menuju ke pulau langkawi, sempat la amik2 gambar ngn amik video sebelum tu. memang saja tak nak makan walaupon lapar sebab takut mabuk laut. hasnol pon risau dier mabuk laut. awal2 dah prepare plastik. seb baek ader experience gi pangkor ngn gi redang, so tadek la risau sangat naik ferri hari tu. bukan risau apa, risau mabuk laut.

lebey kurang kol 9, smpai jetti kuah. ramai sangat orang kat jetti kuah. ada yang baru nak balek. yang baru smpai pon apa kurang nyer. sampai2 jer terus carik kak ina. kaunter agensi kak ina kat belakang kenny rogers. smpai2 jer kat kaunter tu, panas terik gegiler punyer. baru kol 9 lebey dah panas menggiler. seb baek dpt jmper kaunter agensi tapi kak ina tadek lagi masa tu.

dah register sumer, tetiber kitorg dapat kete nissan serena. janji ngn kak ina kitorg akan dpt toyoto innova. punyer la tak puas hati sebab seat ader 7 jer. kitorg ader 8 orang. kitorang penting kan keselesaan. bincang punya bincang, last2 diorang soh tunggu dalam 20-30 minit sebab innova orang belum pulangkan lagik, kira on the way laa.. tengah tunggu2 tu, tetiba nissan serena tu kene saman ngn abg polis. seb baik kitorg tak setuju lagik nak amik kete tu, kalau tak, mesti kitorg yg kene bayar saman.

sementara tunggu innova, kitorg lepak kat KFC. sejuk sket daripada tunggu kat luar kan. kak ina janji nak kol kalau innova dah smpai. since majority dah mkn sarapan, kitorg minum jer kat kfc tu. tp adik ayep order burger. lapor la tuu..

dalam 15 minit tunggu, last2 dapat la innova seperti yang dijanjikan.. puas ati la jugak dapat innova sebab besor.. since check in lambat lagik, kitorg gi makan dulu kat area underwater world, makan tgh hari kol 11.. lapor beb.. lps makan, kitorg gi la jenjalan kat underwater world tu.. bigger than aquaria.. ader singa laut. berpusing2.. orang jepun kat sana sebuk bgtau kitorg singa laut tu berpusing.. org jepun ker tuu ?? ada penguin.. mcm2 la ader kat sana.. aquaria lagik cantek tp underwater world lagik besau laaaa.. sekali pegi dah la kan.. kalau g langkawi lagik, maleh dah gi sini.. tp memang agak puas dan berbaloi jugak pegi sini.. underwater ni kat area pantai cenang.

lps tu kitorg decide nak check in.. memasing kepenatan.. so, kitorang pon gi la century suria apartment, tempat kitorg menginap. smpai2 sana, tak ley la plak nak check in terus, diorang soh tunggu smpai kol 3. masa tu baru kol 1:45tgh ari.. mak aihhh.. lama nak kene tunggu kan.. tp diorang dah confirm ada bilik utk kitorg cuma kene tunggu jer laa.. siap soh gi lunch lagik.. dalam ati ckp "kitorg dah lunch la...".. so tunggu jer la kat lobby.. tp dalam kol 2.. tgk ader orang dah check in.. and then orang tu pon soh check in skang.. apa lagik.. terus la grab kunci gi apartment yang telah di book..

masuk2 apartment.. rasa macam dalam heaven.. masing2 melepak.. pasang aircond kuat2.. lps pilih bilik, tukar2 baju.. terus melentok tidor.. masing2 kepenatan.. yer la.. masing2 tak cukup tido dan kepenatan. best sangat rasanyer dapat katil yang empuk. tido memang tak ingat laaa..

masa tido tu, agak2 nyer ader la mimpi sket.. tp diganggu oleh akak ati.. bengong nyer akak ati.. ader plak mengganggu tidur ku yang lena.. tp memang sakit ati la masa kakti kejutkan tu.. tp kalau tak kejut, memang smpai malam la aku tido ari tuu..

plan petang tu nak naik cable car.. tapi nanti2 la citer.. nantikan sambungan nyer... susah nak kejut budak2 nie bangun.. anol la terutamanya.. ayep plak, memang best giler landing atas katil di apit mak ngn ayah.. memang anak manja..

cable car nyer story... later ok.... cee yaaa...

My Vacation - Part I 9:41 PM

I took 6 days for my vacation leave from June 9th until June 16th. Where did I go?

I spent my holidays with my family in Langkawi.

Igtkan nak balek temerloh malam 8hb tapi hasnol plak lambat. boleh dier gi Melaka smpai kol brapa baru smpai kl. pagi2 baru message kata dah sampai KL. tido dalam kereta la tuu. pagi2 sesudah subuh, baru balek temerloh. dalam kol 8pagi baru smpai rumah.. Home sweet home..

malam 8hb June, kitorg bergerak ke kuala Perlis lebey kurang kol 9.30pm. first perhentian was genting sempah. sempat gak la buang apa yang patut dan makan murtabak crackers yang mak buat kat sana. hurmmm... sedap sangat murtabak crackers yang mak buat ari tu.. teringat2 smpai skang.

dalam kol 12.45mlm, kitorang smpai tapah. cpt gak diorang ni drive dah smpai tapah sebab lalu batang kali. jalan berliku2 plak tu dan agak byk kereta la masa turun dari gohtong jaya ke batang kali tu. apa2 pon, kitorg lepak2 kat tapah, mkn jagung, mihun sup dan layan teh tarik smpai la kol 2 pg. lama gak kitorg lepak kat sana.

lps tu kitorg sambung perjalanan menuju ke kuala perlis melalui jelapang tol, terowong taiping..dan agak menarik terowong kat taiping tu sebab lampu nyer berwarna putih. agak berlainan dengan terowong karak sebab lampu kat terowong karak berwarna oren kuning.. hurmm.. dulu lalu sana tak perasan plak lampu tu kaler putih ehh.. keindahan malam tak dapat dirasai sangat sebab gelap.. tak boleh nak enjoy the view..

kitorg sempat singgah kat sg. perak R&R utk isi minyak dan buang air dan yg sepatut nyer.. masa ni tak igt la kol brapa. cashier kat petronas tu main rubik cube tp pndai satu warna jer.. tak nak la main cube budak tu sebab cube murah. kalau aku main mesti rosak dan rabak cube tu nanti.. nak beli t shirt transformers tapi cashier tu ckp tak jual lagi. tak per la, kiter try stesen petronas yg seterus nyer..

perjalanan dari sg. perak menuju ker gurun r&r sangat menggetirkan. sebab ?? tak tahan nak kencing.. dari simpang ke butterworth lagik. byk kilang2 kat area pulau pinang.. nak amik view pon tak leh sebab gelap. tak nmpk. byk kilang makanan ringan. tp jalan tak best sebab beralun2 sangat. sangat tak seswai utk orang yang sangat tak tahan nak kencing. view ker gurun R&R sangat menarik sebab di apiti pemandangan sawah padi. tak nampak pon tp bayangkan sendiri jer la..

dalam kol 5:15pg kitorang smpai gurun r&r. masa ni aku kencing 2 kali. nak kata minum air byk sgt, tak byk pon. nak kata sejuk sangat pon tak. tp memang sangat puas dapat kencing kat sana. lps rilek2 kat gurun r&r, kitorg pon berlepas ke kuala perlis dan kuar exit alor setar. saja nak kuar kat sini sebab nak tunjuk bandar alor setar waktu subuh. kitorg lalu kat istana sultan kedah dengan lalu kolej tentera udara tempat anol blaja. kalau lalu siang, hasnol kata bz. lps tu kitorg lalu mana ntah. tak igt plak tp tembus jugak la hiway ke kuala perlis. jalan nak ke hiway tu.. hummm.. teruk gilerr.. tgh dalam proses pembinaan.

lebey kurang 6:45pg kitorg smpai jeti kuala perlis. aku turun beli tiket. diorang gi semayang subuh kat masjid. pagi2 pon ramai gaks yang beli tiket. tgh2 beratur tu tetiber ader la beberapa orang yg pakai serban potong queue. rasa mcm nak naik hangin jer.. tak pndai beratur ker diorang ni, igt pakai serban leh sesuker potong queue?? beli tiket kol 8pg. sementara tunggu kol 8 pg, ayah, anol, alep ngn abg najib gi melantak makan sarapan.

15 minit sblm kol 8 kitorg dah naik ferri.. citer naik ferri kan diceritakan seterus nyer.. cayalah.. tak tido dari mlm sebelum nyer.. akibat nyer ?? nanti kan sambungan nyer.. hehehehe..

Hari Ahad (05/30/09) 6:36 PM

Semalam Ahad. I woke up at 10 am. Its early for Sunday, rite? Well, i slept early on Saturday night due to sore throat.
Once i woke up, i immediately watched Desperate Housewives the second last and the final espisode. How was MJ and Susan after Dave knew that Susan was the one who started the car accident until both his wife and daughter died in car accident? Bree and her new scandal? Lynette and the unborned twins? Gaby and the adoreable Carlos's niece? Hahaha.. I believe we have to wait for the next season of Desperate Housewife. Season 5 is the best season for DH. Thumbs up for all the actresses. cant imagine their life in season 6 without Eddie..
Then, i bathed and go downstairs to buy lunch.. So sad, the ikan keli stall didnt open like usual.. i was so frustrated till i made murtabak maggi myself. Then, 'layan' Freedom writers. Its a very good movie. its created based on a real story of a teacher with her students or the freedom writers. Besides, i watched movie "hes just not into you".. hurmm.. it seems like a real story for each woman in the world.. Hahaha.. the sign.. the false sign.. if he's not calling you.. if he's not marrying you.. false hope given by friends.. and everything in the film.. such a very same situation in the real life.. watch it wif ur gilfrens.. they would love it..
well.. i watched terminator salvation and angels & demons last week, both are very good movie though some of my frens didnt say so.. angels & demons are very good movie. i love vertican city. hopefully ill go there once but after i go Umrah and Haji for more than 10 times.. hehehe.. the city fulls with church.. hurmm.. dunt think its a good place to visit.. Huhuhuhu... watching terminator likes watching batman.. mayb bcos of christian bale.. or john connor.. neway, hes HOT and kewl..