First time pakai colored contact lenses 9:19 PM

Hari ni first time saya pakai colored contact lenses. Kenapa tetiber saya nak pakai contact lenses? Sebab saya rasa cantek sangat org yg pakai colored contact lenses.

Saya mintak Akmal teman saya beli CLs sebab dier pakai CLs. Saya beli warna grey(wah.. kereta color grey, mata pon nak kaler grey). Tapi masa tu, sy tak sempat nak belajar nak pakai macam mana sebab tadek tester CLs. Tp Akmal promised nak ajar saya pakai.

Disebab kan ari ni, konon2 nyer nak bergaya pakai CLs, saya gagahi juga utk belajar. Berbekalkan pengalaman melihat Ellia n Pijah pakai CLs masa kat UTP dulu, ditambahi juga dengan YouTube instructions, saya berjaya juga pakai CLs tanpa pertolongan sesiapa. Nak pakai belah kiri agak senang sebab mata kiri saya ader kelopak. So, senang nak bukak mata dengan seluas2 nyer. Kali kedua percubaan CL dah masuk dalam mata. But not for the right eyes, sebab mata kanan saya sepet. Susah nak bukak luas2. Byk kali jugak la try masuk tapi tak berjaya.

Kalau bukan nekad nak pakai, saya tak rasa saya dpt pakai sendiri. Tak smpai 10 mins, sy berjaya masukkan belah kanan. Saya bangga dengan pencapaian diri sendiri. So ari ni saya bergaya dengan CLs saya.

Betul kata orang, nak keluarkan CLs adalah perkara yg lebey sukar berbanding nak memasukkan CLs dalam mata. Byk kali percubaan nak masukkan jari dalam mata, tp tak sanggup. Disebabkan sy nekad jugak nak keluarkan CLs dari bijik mata saya, saya nekad jugak masukkan jari saya dalam mata. Sebelum try, saya dah browse YouTube lebey awal. Dah berjaya masukkan jari dalam mata, tp still tak berjaya. Disebabkan penat try belah kanan, sy try belah kiri. Hurmm.. Belah kiri senang jer nak keluarkan. Mungkin sebab mata saya belah kiri besar. Lepas tu, sy try balek mata belah kanan. Byk kali percubaan, baru berjaya..

Seronot nyer pakai CLs. Rasa macam nak beli 1 month CLs jer.. Hurmm.. tgk la budget bulan depan mcm mana.. Hehehehehe..

Apa jadahnyer tertonggeng sebegitu rupa? 9:11 PM

Apa agak nya yang sedang berlaku terhadap Yusuf Aqil ?

1. Merajuk dengan mama

2. Berlatih sembahyang

3. Main sorok-sorok dengan mama

4. Cium tilam

Hahahaha... so cute.....

Hari ni ExxonMobil kasi kad Besday 8:36 PM

Terkejut tetibe dapat kad besday from top management Customer Service, ExxonMobil. Manager and Supervisors sign kad siap kasik wish besday.. Mereka sangat kewl..

Kesian January babies sebab kad besday tu di beri stat bulan ni..

Saya bukan tak gembira dapat kad besday tu tapi... kad itu akan mengingatkan umur saya yg bakal mencecah 26 tahun akhir bulan ini.. Uwaaa...

Apa2 pun.. Happy besday to me.. ;-)

Avatar... 3D la pulok.. 8:03 PM

Semalam gi tgk Avatar utk kali kedua, kali ni tgk 3D plak.. memang berbaloi2 tgk 3D sebab Avatar memang sangat best.

tengok ngn membe2 yg sumer nyer pon tgk for the 2nd, 3rd, 4th dan ader gak yg baru tengok.. siap ader yang hapal script.. memang lawak..

bukan tak best tgk 3D, tp rase macam pening jer tengok lagik2 kalau yg ader fast motion n movement.. every 10 mins mesti kene remove the glasses..

apa2 pun.. avatar memang best.. pemandangan cantik2.. floating mountains n waterfall.. glow in the dark plants.. even avatar pon glow in the dark.. the bond between avatar n the animals.. kewl giler.. the high technologies.. not sure how james cameron can have a very high imagination..

first time tgk avatar, rasa makhluk tu hodoh sangat.. last2 tengok.. akhir nyer leh gak la terima.. semuanya ramping2.. tough2.. tadek pon yg boroi2.. buncit.. perot berlapis.. kaki pendek.. gemuk pendek pon jauh sekali.. mungkin the lifestyle yg sangat adventureous menyebabkan avatar ramping2 semuanya..

rugi sapa2 tak tengok avatar.. hohoho