

Transformers: Revenge of the Fallen | 1:42 AM |
comments (2)
Filed under:
Movie
|
Menarik sangat ker citer Transformers nie ?
Hahaha.. Memang sequel Transformers ni BEST sangat2. Sebab kenapa best?
1. Lawak - mak bapak Sam memang lawak nak mampus
2. Watak twin Mudflap and Skids yang jadik kereta Chevrolet yang memang sangat menarik perwatakan diorang. comel2 gitu..
3. Watak bumblebee yg majuk manja ngada2 ngn Sam tetapi gagah tak bertempat kadang2 tu (teringat bumblebee nak tolong selamatkan sam's family tp habis hancur terbakar rumah family sam)
4. Ada part sedey bila Optimus Prime mati
5. Rumet Sam kat college yg memang kelakar nak mampus, web master and set up lab comp kat hostel
6. Aksi lawan Autobot ngn Decepticons yang kadang2 kompius mana satu Autobot mana satu decepticons
7. sound effect macam biasa la.. best giler smpai kiter pon rasa kat dalam filem
this is the best movie ive ever seen.. esok nak tengok lagik.. tadi borak2 ngn membe yang dah tengok movie ni pon cakap nak tengok lagik..
first time tengok setakat nak tengok jalan citer, second time tengok, masa ni leh la tengok action battle autobot ngn decepticon betul2.. Hahahaha..
Layan....
Picture - Underwater World | 1:07 AM |
Filed under:
|
My Vacation - Century Suria Apartment | 12:47 AM |
Filed under:
|
My Vacation - Part VII | 12:26 AM |
Filed under:
|
Lepas melantak kat Restoran Wan Thai, kitorg decide nak gi Eagle Square sebab petang tadi tak larat nak gi sebab panas terik yang teramat sangat. So, di sebabkan dah smpai kat Langkawi, salah satu tempat yg mesti kene datang, kat sini la kan.
Malam pon malam laa.. sempat jer la kitorg posing kat bawah helang yang macam nak terbang tapi tak terbang2 gak tu.. Susah gak la nak amik angle yang menarik bersama camera yg almost running out of batery tu.. Posing sakan smpai la camera tu off sendiri..
Kat bawah antara gambar2 gedik kitorg kat eagle square.. Hehehe..
My Vacation - Part VI | 12:04 AM |
Filed under:
|
Licin sumer kitorang makan, kira restoran tu tak yah basuh la pinggan tu, leh terus kasik customer seterus nyer guna pinggan mangkuk kitorang tu, Ekekekeke.. Ramai gak la customers kat sana tu. Seb baek jer la kitorg dapat meja ari tu.
Kenangan yang best kat restoran tu, bukan sebab keramahan pelayan2, bukan kesedapan makanan kat sana tapi peristiwa ketidak sengajaan kakti ngn aku masuk tandas laki. hahahaha... memang la lawak tapi selamba jer la kan.. bukan ader orang nak masuk pon tandas tu..
Paper pon.. selamat maju jaya Restoran Wan Thai..
My Vacation - Part V | 7:39 PM |
Filed under:
|
Penat pergi mangrove tour. Dah la panas. Kitorg habis mangrove tour tepat pukul 12:00 pm. So, plan nak ke mana? Mak tak sabar2 nak gi carik kueh telinga keling dia tu. So, kitorg pon berangkat la ke Makam Mahsuri semata2 nak carik kueh telinga keling kesukaan dia tu. Tp plan asal, nak makan dulu la sebelum masuk tp tak dpt carik gerai yg best, kitorg pon plan masuk dulu Makam Mahsuri.
Apa ada dekat Makam Mahsuri tu? Makam Mahsuri jer la dengan perigi Mahsuri dan sejarah2 nyer. Sebelum masuk sempat lagik la beli air sebab terlalu haus. Ayah tak masuk sebab tak larat nak jalan. So, kitorg bertujuh jer la masuk makam mahsuri.
Mak awal2 dah ilang sebab nak carik kueh telinga keling dia tu. Aku sempat gak la amik gambar kat makam mahsuri tu, takut sebenar nyer nak amik gambar makam tu sebab takut ader plak entiti lain yg tumpang sekaki bergambar sekali. sempat gak la bergambar kat rumah mahsuri dan perigi mahsuri. tengah2 bergambar, mak plak lost tak dpt nak carik tempat org jual kueh tu. hasil pertolongan anak2 dan menantu, dpt jugak la jmper tempat menjual kueh nyer tu.
bukan jual kueh telinga keling tu jer, kueh karas pon ader jual, mak cik salmah memang teruja benor tgk orang buat kueh karas. abang najib plak beli kueh telinga keling tu. dan itu la first time aku mkn kueh telinga keling yg masih panas di pasaran. tak cukup 2 hengget, pegi tambah lagik beli 2 hengget. antara kuat lantok atau memang kelaparan masing2 makan macam tak hengat.
dah habis melantak, aku pon teruskan perjalanan ke museum mahsuri. apa yang menarik? hikayat2 dan sejarah2 dan cerita2 riwayat mahsuri dan keturunan nyer. barang2 lama. tombak2 lama dan sebagai nyer. kat sini tak leh amik gambar. sebab apa? hahaha nanti ader entiti lain yang nak menumpang, kan tak ke haru nanti. kat luar museum ader awek2 cun main alat music tradisional. selalu main la tu kan. asal ader tourist jer, diorang main la.. alat music dalam citer pontianak harum sundal malam tu..
dah puas berjalan2 kat makam mahsuri.. its time to eattt.. so kitorg pon decide gi beras terbakar, makan kat warung kedai ikan bakar.. memang best gegiler. lepas tu, masing2 melantak air teh o ais smpai 2 gelas sorang. masing2 kehausan. tatau la nak ckp air yang sedap atau kitorg ni memang gersang kehausan air. kedai ni mmg ramai yang rekomen sedap. dekat ngn beras terbakar, plan awal nak gi la beras terbakar, tp plan terpaksa dibatalkan sebab masing2 kepenatan. lagi pon mata mak cik salmah dah blink2 nak gi Ismail group. lagik satu, murah nak mampus makan kat sini, patut la ramai yang datang makan kat sini. semoga kedai ni maju jaya hingga 7 keturunan.. hahahaha..
lps makan, kitorg menuju ke pekan kuah. buat apa? apa lagik, carik barang2 keperluan makcik salmah la, apa lagik.. kitorg beli cokelat dan macam2.. sambil2 tu, tolong alep carik suar short. tetiba jer budak tu teringin nak pakai short. tengok abg dier pakai short dgn smart nyer, tu yg dier pon seronok nak carik suar short gak kot. dpt gak la 2 helai suar short.
lps sakan bershopping, kitorg pon pulang ker apartment, dah lps solat dan melepas lelah, aktiviti seterus nyer aderlah.. mandi swimming poool.... hahaha.. anol awal2 dah terjun swimming pool. abg najib buat gaya terjun budak kampung. ayep plak.. hahaha.. berlagak macam tau nak berenang. tp memang tak pandai berenang pon.. anol ngn abg najib tolong dier berenang. kakti pon mandi. aku tak mandi sebab malas nanti mesti kene selesema H1n1 nanti. ekekeke.. byk gak la gmbr yg diambik petang tu kat swimming pool..
lps mandi kitorg ready nak mkn malam. kat mana tu?? nanti kan sambungan nyer..
My Vacation - Part IV | 7:56 PM |
Filed under:
|
Pagi2 dah kene kejut ngn kakti. Memang suara pompuan ni menyakitkan hati. Semalam dah kacau, hari ni pon kacau tido aku lagik. Sakit hati betul la.
Pagi2 turun nak sarapan, jumper ayah yang sudah pon bersarapan, so, apa lagik, telepon alep suruh turun sarapan. Makan mee hoon dan mee goreng. memang sedap jugak la sarapan yg disediakan. Bila alep cakap yang dier tak bgtau pon budak yang jaga entrance sarapan tu atau dalam erti kata lain, dier lalu buat dek jerk, so, kitorg pon tepon anol soh turun makan. Maka, sumer orang pon turun sarapan pagi tu kat apartment. Hehehe.. Sementara tunggu anol sarapan, sempat gak la aku nak membuang apa yang patut.
Selesai sarapan, kitorg pon menuju ke tanjung Rhu utk mangrove tour. Orang yang bertanggungjawab utk bawak kitorg naik bot bernama "Wan". Wan berumur 19 tahun dan mampu berbahasa Inggeris dan ada license utk bawak bot.
Tempat pertama yang kitorang gi adalah tempat Eagle Feeding. Kitorg hanya nampak Helang merah jer. Tempat helang tu tinggal kat area bukit. Helang ni makan ayam. So hari tu Wan kasik makan ayam kepada helang2 tu. Tak banyak sangat helang ari tu tapi puas hati la sebab dapat tengok Helang.
Lepas tu kitorang dapat la tengok ketam berwarna warni, ada kaler merah, oren, biru pon ader. Habitat kat hutan paya bakau. ada monyet jugak kat situ. kalau tau la ader monyet, mesti kitorg akan bawak roti kasik makan monyet2 tu. masing2 buat muka kesian bila kitorang bawak tangan kosong jer. Huhuhu.. Wan cakap, monyet tu boleh berenang2 dapatkan makanan. Amazing..
Lepas tu kitorg pegi Gua Buaya. Dari jauh memang nampak seram. Lepas tu, Wan cakap, kalau air pasang, memang tak leh lalu. Bila masuk jer Gua Buaya tu, ada banyak kelawar. Panjang gua tu ada la dalam 50 meter. Wan cakap dulu2 ada buaya putih tinggal kat sini. Mana datang nya pon tatau. Tau tau buaya putih ni menghilang ntah ke mana. Mati la kot.. Lepas keluar dari gua buaya tu, kitorg leh nmpk gua tu mcm tengkorak buaya daripada jauh.. Seramm..
On the way ke kolam ikan kecil, ada banyak bot parking kat hutan paya bakau ni. Wan cakap, dalam sebulan, diorang bayar RM300 jer. Lebih murah la daripada tempat parking yang eksklusif tu. ader yang parking kat situ bertahun2 smpai kerajaan nak jual jer mana2 yang tak dituntut tu. Banyak sangat kapal parking situ. Dah berkarat pon ada.
Sebelum singgah kolam ikan kecil, kitorg gi Gua Kelawar. Bayar RM1 seorang. Mak ngn ayah tunggu kat bot. Kitorg masuk gua kelawar. Tak bawak torch light pon tapi leh nmpk la kelawar tu. Anak monyet pon banyak. Sempat la kitorg amik gambar kat dalam tu, kat Hutan Paya Bakau. Wan ckp, monyet2 ni nakal. Kene make sure jangan kasik monyet masuk bot kalau tak, habis sumer beg2 tourist dier curik.
Lps tu, our destination is kolam ikan kecil. Banyak sangat ikan kat situ. Alamak, guey tak kenal la ikan2 kat situ tapi ader amik gambar la. Kasik ikan makan la. Memang best. Ader ikan malas. Ader ikan sumpit dulu la sebelum makan. Memang best. Tp masa tu panas la sangat. Rasa macam nak terbakar jerr..
Dah habis kasik ikan makan, sudah masa nyer utk balek. Tp kitorg tak lalu hutan paya bakau. Kali ni lalu laut. Memang laju la Wan bawak bot. Cantek sangat laut Langkawi. Tak puas tengok..
On the way balek, sempat la tengok kat satu bukit ada permukaan macam gorilla. Memang sebijik macam gorilla. Tp tak smpat nak snap gambar sebab tak larat nak amik gambar.
Sebelum balek, smpat la beli gambar yang diorang curi2 tangkap sebelum kitorg bergerak itk mangrove tour. Beli sumer gambar yang ada. gambar anol jer yang tadek. Sian la plak kan.
Kitorg ready utk the next destination.. Apakah destinasi seterus nyer ?? Makam mahsuri.. ;-)

© 2008 I am telling you my stories...
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com