Ceritera sadis di Taman Negara 10:18 PM

Besfren ku Ellia dan ofismet nyer, amira mengajak ku ke taman negara. Arny pon join sekali. memang la berperasaan nak pegi taman negara sebab, kata orang pahang, takan tak pernah gi taman negara kot? so lepas ni, taman negara adalah salah satu tempat yang aku pernah kunjungi.

memang sangat seronok bila kata nak gi taman negara, dengan perasaan yang bersungguh2, tido rumah Ellia kat Vista angkasa malam sebelumnya tu, dengan tolong arny buat ribbon, dengan keluar awal2 ke tol gombak dan berkenalan dengan kawan2 baru, memang seronok rasanyer. lagi2 lps balek dari taman negara tu, aku dah plan nak balek temerloh, tengok my nephew.

naik kereta berkonvoi ke taman negara, kereta2 yg join konvoi semua ikat ribbon yg arny buat. kool giler. arny dah terasa bangga produk yg dibuat di gantung di setiap motokar. aku ngn ellia tumpang gembira jugak la sebab tolong arny sket2 buat ribbon.

dah smpai kuala tahan, terasa bangga giler. setelah 25 tahun aku hidup di bumi malaysia, akhirnyer aku berjaya jugak bertapak di bumi kuala tahan. lps makan lunch, kitorg check in and prepare ke gua telinga.

Nak ke gua telinga, kene naik bot. adalah lah dalam 5 minit. lpas tu kene berjalan lebey kurang 1km. sebelum smpai gua telinga, sempat gak la singgah perkampungan orang asli. Wow.. diorang dah modern, pakai earings ok! berkemban dan pakai earings.. kool giler.. mcm artis2 kiter gi majlis anugerah bintang fofular..

Gua telinga agak sempit. org yg bawak kitorg dah pesan, sapa2 yg agak2 berisi atau dalam bahasa yang lebih difahami, gemuk, tak digalakkan masuk sebab takut tersepit. so, since aku perasan aku ni kurus lagik, aku tetap gak masuk ke gua telinga tu. mcm gua2 yg lain di msia, kelawar, gelap dan bau hancing adalah perkara wajib yg perlu ader dalam gua dan gua telinga tak terkecuali.

malam selepas dinner, plan nak night walk. konon2 nyer nk admire the insects. mula2 malas nak join sebab rasa mcm malas sebab penat pegi gua telinga pon tak hilang lagik. tp bila diorang ckp night walk ni tak la se "adventurous" jalan ke gua telinga, kitorg pon dengan berat langkah, ikut jer la.. tp ya, ia agak menyeronokkan. diperkenalkan dengan pelbagai insects dan yg plg aku igt ialah burung murai malu. so cute macam hamster.

esok nyer plan gi canopy walk. hurmmm memang menakutkan.. sabor jer la.. tapi sebab konon2 nak menimba pengalaman, cewahhh skema ayat.. tetap ku gagahi juga perjalanan melalui canopy walk. lps tu kitorg di bawa ker mana ntah (tetiber tak igt).. tempat tu ader air terjun. so sapa2 nak mandi, memang boleh mandi tapi aku and da geng tak mandi but we just admire the river.

lps tu, kitorg check out and mira terus memecut laju ke rumah aku di temerloh Pahang. aku dah pesan kat mak masak ikan patin, atas permintaan amira. spt biasa, mak aku kool, sedia memasakkan ikan patin utk mereka. aku pesan diorang mkn byk2. suker aku tgk sebab masing2 begitu berselera makan masakan mak aku.

wahhhh jalan citer macam tadek yang sadis kan ? aku memang tak suka aktiviti love the nature ni. tp disebabkan at least nak ader pengalaman, aku join gak membe2 gi taman negara. so, ini adalah salah satu citer sadisnyer, aku terpaksa join aktiviti yg aku tak berapa nak suker. tp thanks to arny, el and mira yg berjaya mengentalkan semangat aku utk terus beraktiviti. thanks korang!!

apa lagik yang sadis ? kasut sukan aku yg buat hal masa kat gua telinga. dalam gua telinga tu, ader hati kasut aku punyer tapak nak tertanggal. aku sangat la sakit hati bercampur geram. aku nyampah kasut sukan aku. kalau la aku ader super power, memang aku curse kasut aku. nak tak nak, aku terpaksa cabut tapak kaki kasut aku tu. aku siap dengar lagik bdk ckp "mcm pernah ku lihat adegan ini tapi di mana ya?" seb baik kasut mahal. walaupon tapak tertanggal, tapak still tebal. tp yg aku takut, tergelincir di mana2.

tu tak cukup sadis.. setelah sekian lama aku tak dinodai, akhirnya aku dinodai oleh lintah/pacat yang sangat hampeh.. habis madu sepah di buang. yang aku tau, bila nak remove kasut jer, sock aku yang putih melepak tu bertukar menjadi merah. darah tak berhenti2 mengalir kat area buku lali. dah ader darah beku pon, bila kiter remove darah beku the next morning, darah still lagi mengalir. bila tny ayah, ayah ckp tu mungkin kene urat. sebab tu walaupon kat luar darah dah kering, tp bila kiter bersihkan darah beku tu, still ader darah yang mengalir.

well... apa yg lagik sadis ehh?? owhhh bila aku tau aku dapat nephew dan tak boleh balek terus sebab kene teruskan misi ke taman negara. sedey tak ?? sangat la sedey.. tp tak per lah, takdek rezeki nak tgk awal2. tp skang aku dah puas tengok dah. tak la berapa nak sedey.

hurmmm ni la kemuncak kesedihan aku kat taman negara. cud u please imagine, ur handphone and ur camera both masuk air. sedey tak? sapa2 tak sedey tu mungkin duit bercepuk kat bank. tu yang tak kesah kalau handphone ngn kamera rosak at the same time. aku sangat la sedey tahap gaban. tgh pikir mcm mana nak carik hp baru. takperlah, tunggu gaji ngn bonus nanti baru pikir nak carik hp baru.

dengan kepelbagaian musibah yg menimpa, agak2, adakah aku akan ke Taman Negara sekali lagik? jawapan nyer mungkin......tidak!!

0 comments:

Post a Comment