Nurul AisyahFavourite Blog
|
Azam lepas raya | 11:02 PM |
Filed under:
|
tak syak lagik, azam lepas raya bukan lah nak ganti puasa (walaupon dah ganti ok) tp azam lepas raya adalah untuk mengurangkan berat sebanyak yang mungkin.
perkara2 yang boleh menggagalkan azam utk mengurangkan berat badan:
1. Rumah terbuka dan kenduri kawen.
2. Banyaknyer kueh raya kat opis. Yang tak tahan nyer, walaupon nampak tak sedap, tetap nak try dan hasil nyer, kueh raya kat opis sangat la sedap semua nyer.
3. Banyak nyer kueh raya kat rumah. Berbalang2 lagik dan semuanyer sedap2 belaka. Nampak kueh raya dalam balang dan tak terusik, rasa macam sayang sangat, takut berlaku pembaziran.
4. Weekend pulang ke kampung. perkara ini paling bahaya sebab aktiviti di rumah hanyalah makan dan tido. Asal tak tido, perasan lapar timbul dan menyebabkan proses penambahan berat berlaku. bila perut sudah penuh, perasaan tido mula bertunas. aktiviti ini berakhir apabila kaki ku ini menjejak tanah kl.
5. Tiada senaman seperti jogging, aktiviti ke gym walaupon geng dah ajak byk kali gi gym. Bukan tidak mahu memfully utilized gym yg free tu tapi perasaan malas sentiasa mengatasi perasaan rajen.
6. Makan tanpa had dan pemakanan tidak seimbang yg diamalkan. Perkara ini berlaku apabila berada di ofis dan di rumah (kampung halaman).
Langkah-langkah yang perlu diambil (at least):
1. Kurangkan jumlah/kuantiti makanan
2. Jangan skip breakfast
3. Jangan mkn selepas kol 7pm
4. bykkan sayuran/buahan
5. Rajenkan bersenam (ni tak sure)
At least, kalau perkara di atas boleh dipraktikkan, penurunan berat badan bukan perkara yang mustahil lagi buat aku. Apa yang penting? rajen dan berdisiplin..
© 2008 I am telling you my stories...
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
5 comments:
hahaha. smoga berjaya.... ~~~
ekekeke.. selamat la sangat.. ni baru melantak 3 hot dog ngn 2 bijik telur.. agak2 berapa kali la nak jogging utk bakar kalori2 yg akak uu mkn tu..
Susah nyer nak diet.. hari ni jer membe ajak makan kenduri kawen kat 2 tempat selepas menikmati brunch.. Huhuhu..
hehehe...leh berjaya ke???
tunggu dan lihat..hahahahaha
jgn uu plak perlukan surrogates bila dah umo 30 nanti..hik hik hik..
wowowowowo... takper, kiter perlahan2 kuruskan badan..cewahhh
Post a Comment